Webinar Nadi X Wellbeing – Panas Melampau
22 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Panas Melampau secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti cara menjaga kesihatan ketikan cuaca panas melampau yang sedang melanda di Malaysia. Penceramah turut menerangkan pengambilan air putih yang cukup supaya badan tidak kekurangan air. Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: